Assalamualaikum,,
Post lagi entry baru hari nie. Lepak library. Buang masa sementara nk tunggu jam 3 petang.
Banyak sangat konflik dalaman yang aku fikir beberapa hari nie. Meh aku list:
1- Aku nk start buat thesis, tp aku malas. (Nauzubillah!)
2- Aku nk baca novel, tp rasa bersalah kat thesis.
3- Aku nk tido je, tp novel banyak lagi yang tak terbaca, thesis tak start satu apa pon lagi.
4- Sekarang tengah leapk library pon tak buat thesis jugak. Jurnal pon tak download. (Astaghfirullah!)
5- Aku nk g bayar PTPTN tapi malas nk bergerak ke PKNS. Tambah pulak duit dah tak berapa banyak nie. (Baru teringat nk bukak cimbclick.).
Okey, 2 je la konflik aku setakat nie. Actually, ade lagi. Tp, malas nk list plus benda2 tu ada kaitan dengan hati orang lain jugak. Mungkin bukan aku insan yang layak untuk memberi pandangan. But again, this is my blog, lantak la kn? Tapi, malas lah! Maybe next time kot..kot la..Hahahaha. *if aku tak lupa laa*
Waaahhhh!!! Me is happy!! Duit MARA dah masuk untuk bulan 3 nie. So, esok mungkin akan ke pejabat PTPTN la untuk bayar. Wajib pergi jugak minggu nie. Kangg duit habis lagi, hutang tak terbayar jugak. Typical me.
Berbalik kepada konflik aku tadi, setelah aku fikir2, setakat nie aku rasa aku just habiskan novel yang sedang dibaca iaitu '5 tahun 5 bulan' (nanti aku review). Then baru slow2 cari jurnal. mungkin by next week dah boleh start tulis thesis untuk chapter 2. Sebenarnya, aku sangat2 nervous untuk sem nie, yela aku tengok classmates aku yang lain macam dah start untuk tulis paper, dah start projek diorang yang gempak2 tu, dah start baca banyak2 (serius! diorang macam banyak gileee baca paper), dah start cari conference, dah start tulis thesis which satu apa pon aku tak buat lagi!! Tambah pulak dengan SV aku yang bakal fly ke UK untuk further PHD dia by end of this year and akan tinggalkan aku terkontang-kanting kat sini. Aku sangat5 nervous plus cuak plus takot. Despite of all those things, aku akhir nya pilih untuk ber blogging dulu. Kah!
Memang konflik aku nie akan jadi konflik la sampai bila2 kalau first step pon aku tak nak ambik untuk settle kan benda nie kn? Okey Fatin Solehah, cakap pandai la, buat nya tak jugak!Puipuipuipui! Well bila aku tulis benda macam nie, secara tak langusng aku boleh menganalisa konflik aku. Setelah sekian lama menaip, aku rasa aku dah dapat penyelesaian err..mungkin lebih kepada alternatif untuk aku solve kan konflik aku nie? Meh aku list jugak:
1- Habiskan Hlovate dulu.
2- Buat list untuk thesis (things needed).
3- Cari jurnal berkaitan.
4- Start tulis dengan chapter 2.
5- Jumpa Mdm untuk confirmation identification.
Tu jela kot. Sambil2 tu settlekan mybrain and UPTA jugak. Dah! point aku macam sama je dari atas. Should stop writing now!Till next time.
Sekian, terima kasih. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment